Buku: Perantau Membelah
Penulis: A. Kadir Ahmad
Tahun: 1991
Genre: Novel/Kisah Kehidupan
- Mengisahkan tentang kehidupan dan rutin harian sekumpulan nelayan bersama bot mereka yang diberi nama "Perantau".
- Banyak kisah berkisarkan aktiviti di laut dan keadaan realiti nelayan menjalani suka duka kehidupan dan cabaran dalam menjalankan pekerjaan mereka.
- Setiap watak mempunyai cerita dan personaliti yang berbeza serta nasib hidup yang menarik untuk diikuti, bahkan boleh meruntun hati dan jiwa pembaca
- Dapat mendalami kehidupan masyarakat nelayan.
- Mengenal cabaran dan warna-warni pekerjaan yang banyak mempertaruhkan nyawa dan masa demi mencari rezeki buat keluarga tercinta.
- Kesusahan hidup yang dipaparkan boleh memberi kesedaran kepada pembaca dan membuatkan pembaca dan masyarakat lain secara amnya lebih menghargai kerja-kerja para nelayan.
Rumusan/Cadangan
- Bahan bacaan yang baik untuk dimiliki oleh semua lapisan pembaca.
- Penulis cuba menggambarkan perjalanan kehidupan sebenar para nelayan dengan mengimbangi penceritaan pekerjaan mereka di laut dan juga aspek penting saat mereka berada di darat seperti hubungan kekeluargaan, jurang ekonomi dan nilai moral.
- Boleh dijadikan bahan bacaan santai yang banyak memberi pengajaran yang baik dari sisi penceritaan kehidupan para nelayan yang mungkin jarang kita dekati selama ini.
*Segala maklumat, dapatan dan info adalah berdasarkan pada pandangan serta kefahaman peribadi. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment