Akhirnya pembelajaran dan pengajaran dalam bahasa inggeris bagi matematik dan sains telah ditarik balik setelah merujuk bukti-bukti yang menunjukkkan kejatuhan perestasi para pelajar yang turut menjejaskan rekod Malaysia dalam ranking pencapaian bagi kedua-dua mata pelajaran itu .
secara jujurnya telah diperlihatkan bahawa PPSMI telah gagal dengan jayanya dalm mencapai matlamat untuk mengembangkan minda para pelajar terhadap bahasa kedua itu malah menyebabkan keputusan para pelajar jatuh merudum setiap tahun.ia juga dapat membuktikan bahawa untuk maju dalm bidang sains dan matematik yang banyak bersumberakn dalam bahasa inggeris adalah dengan menguatkan penguasaaan bahasa antarabangsa itu sendiri dan bukan mengaplikasikan bahasa tersebut dalam pembelajaran kedua-dua subjek penting itu.
mengenai jangka masa pelaksanaan pembelajaran dalam bahasa Melayu itu tidaklah menjadi masalah kerana untuk menyelaraskan saki baki pelaksanaan PPSMI yang ada kini.2012 bukan sesuatu yang lama malah diharapkan perestasi negara menigkat semula seperti sebelum ini.
harapannya semoga tiada lagi cubaan untuk merendahkan martabat bahasa kita dalam apa jua cara kerana bahasa kita sendiri sudah cukup teguh untuk membawa kita bersaing setaraf di peringkat global.
P/S:(jangan pulak budak-budak ni makin mals dahle....)